
5 Perkara Anda Perlu Lakukan Sebelum Mengecat Semula Dinding
Kenapa perlu megecat semula dinding rumah??
Untuk menutup kecacatan pada ruang atau ingin menyembunyikan contengan anak-anak di rumah, ataupun ingin mengecat semula untuk memberikan nafas baru kepada ruang anda.
Jangan menganggap kerja mengecat ini mudah. Terdapat beberapa panduan yang kami akan berikan supaya anda tidak tersalah langkah dalam mengecat.
1. Bersihkan Permukaan
Sebelum mengecat, pastikan dinding anda bebas dari habuk dan dengan mengelap dinding anda dengan kain basah. Mengecat di atas permukaan yang berhabuk dan kotor akan mengurangkan daya lekatan cat pada dinding.
2. Licinkan Permukaan
Sekiranya dinding anda mempunyai permukaan kasar atau benjolan, gunakan kertas pasir ke atas permukaan tersebut untuk melicinkan permukaan dinding. Dinding yang mempunyai benjolan setelah di cat akan menonjolkan lagi bentuk benjolan pada dinding.
3. Menggunakan Primer
Primer adalah lapisan asas sebelum mengecat dinding. Berikut adalah nama-nama primer untuk setiap permukaan:
- Sealer – Untuk permukaan konkrit
- Primer – Untuk permukaan besi
- Undercoat – Untuk besi dan kayu
Untuk kerja mengecat dinding semula, sekiranya keadaan dinding anda masih elok, anda tidak perlu untuk menggunakan sealer. Tetapi, jika warna dinding anda gelap dan anda nak tukar kepada warna yang lebih cerah, anda perlu menggunakan sealer.
4. Cat Semula Dinding
Sekarang, tiba masa untuk anda mula mengecat rumah anda. Pastikan anda sudah melakukan semua langkah – langkah di atas supaya apabila anda mengecat nanti, kerja mengecat semula dinding anda menjadi lancar dan sempurna.
5. Biarkan Kering
Kebiasaannya, cat akan kering dalam masa 2 jam. Sekiranya anda ingin membuat lapisan kedua, pastikan lapisan pertama anda sudah kering sepenuhnya supaya cat lapisan pertama tidak tertarik sekali apabila anda mengecat.
Kami menjual segala jenis cat. Antara brand yang ada ialah Nippon Paint, Beger, Smart Paint dan Sequoia. Jom dapatkan di Tukang Mart sekarang ❗❗❗
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami dengan tekan link di bawah :